Begitulah alkisah raja berdaulat, rakyat disayangi. Bersatu teguh dan bercerai kita roboh. Ibarat sebuah permainan blok bangunan yang baru hendak dibina, jika tiada asasnya dan ditarik satu per satu blok itu, maka robohlah bangunan tersebut.
1. BUDAYA HORMAT GURU.
-> Senyum + Bersalaman = apabila bertemu di sekolah mahupun di luar sekolah.
-> Memberikan salam.
-> Memberikan tumpuan ketika guru mengajar.
-> Menghargai guru -> menyiapkan kerja sekolah
-> menghadirkan diri pada Hari Guru
-> mendoakan guru
-> mempunyai hubungan yang baik
2. BUDAYA MENGHORMATI RAKAN.
-> Memanggil rakan dengan panggilan yang baik.
-> Menyimpan rahsia / aib rakan.
-> Memberitahu rakan jika meminjam barang.
-> Tidak menghina rakan di depan khalayak orang ramai. [bagi mengelakkan gangguan emosi].
"GURU IBARAT LILIN YANG MEMBAKAR DIRI DEMI ORANG LAIN."
3. BUDAYA SAYANGI HARTA BENDA.
-> Tidak membengkokkan sudu atau garfu.
-> Menjaga harta dengan baik.
-> Mengalas meja.
-> Tidak bermain kerusi seperti jongkang-jongket.
-> Memulangkan buku yang dipinjam.
-> Meminjamkan dan menyimpan alatan.
-> Menutup suis setelah selesai habis kelas.
-> Meletakkan pinggan dan cawan dengan baik.
-> Menarik pam tandas dengan baik-baik.
4. BUDAYA MELESTARIKAN SEKOLAH.
-> Menanam pokok atau tumbuhan.
-> Menjaga kebersihan dan memelihara keceriaan.
-> Memenuhi maklumat di papan kenyataan.
-> Mewujudkan jadual bertugas.
-> Menghiasi kelas.
-> Melaksanakan lukisan mural di dinding.
-> Memadamkan contengan di dinding.
"MELAHIRKAN PEKERJA BERKUALITI KELAK."
5. BUDAYA SAYANGI KELUARGA.
-> Sesi Dialog (Muzakarah).
--> Anak berhak memberikan pendapat dalam sesuatu hal.
--> Anak dapat meluahkan masalah / memberitahu hasratnya.
-> Tujuan:
--> Mencari dan menjelaskan kebenaran.
--> Menggerakkan minda anak.
--> Mengeratkan hubungan.
--> Timbul keyakinan diri.
--> Meningkatkan kemahiran berfikir anak.
--> Menanamkan motivasi yang inggi dalam diri anak.
--> Memberikan didikan agama intensif & lengkap.
--> Mendedahkan anak dengan pelbagai input dan usaha dalam mencari sendiri.
--> Memberikan contoh teladan yang baik dan mudah diikuti oleh anak. (Golongan ibu bapa).
--> Menceritakan pengalaman yang positif.
--> Menggambarkan perkara abstrak yang mungkin menjadi wawasan bersama keluarga kelak.
"ANAK AKAN MEWARISI DIRI IBU BAPA, HARTA, MARUAH SERTA NAMA IBU BAPA."
-> Kaedah bercerita menguatkan lagi hubungan anak dengan ibu bapa.
-> Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan.
-> Ibu bapa perlulah prihatin akan kebajikan anak-anak.
-> Hubungan erat membina gelombang minda (firasat) antara ahli keluarga.
-> Berkata seorang sarjana :
" Ibu bapa yang sederhana banyak memberitahu, memberikan nasihat, bersemangat dan menyarankan. Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan dengan terperinci dan bersungguh-sungguh. Tetapi, ibu bapa yang cemerlang menjadi ikutan dan contoh terbaikk kepada anaknya."
-> Berkata seorang ulama:
" Ibu bapa yang mithali ialah ibu bapa yang sentiasa menggerakkan anak-anaknya untuk menjadi cemerlang."
JATI DIRI INSAN BERMULA DARI RUMAH. [MELALUI KEPIMPINAN IBU BAPA]
-> Melentur buluh barlah dari rebungnya.
-> Keruh di muara kerana hulu keruh juga.
-> Ke mana umahnya kuah kalau tidak ke nasi ?
-> Kenal getah batang lihatlah pada daunnya.
--> Ibu bapa : suri teladan kepada anak-anak & Memberikan didikan agama.
--> Adik beradik :
---> Penjaga ketiadaan ibu bapa.
---> Berkongsi masalah privasi.
---> Memberikan inspirasi dan berpendapat [jarak umur yang tidak jauh].
--> Datuk / nenek:
---> Memberikan nasihat.
---> Melaporkan kepada ibu bapa jika berkelakuan tidak bermoral.
No comments:
Post a Comment