Tuesday, 24 December 2024

Pantun, Puisi dan Petikan Teks


πŸ‘‘ PANTUN YANG DI-PERTUAN AGONG πŸ‘‘


πŸ‘‘1.

Assalamualaikum membuka perbincangan,
Pantun dikongsi hasil penulisan,
Undang-undang bertulis empat bahagian,
Perlembagaan Persekutuan kami persembahkan.

 

πŸ‘‘2.

Nabi dilahirkan di bulan mulia,
Rabiul awwal di musim bunga,
Perlembagaan Persekutuan sumber utama,
Undang-undang bertulis di Malaysia.


πŸ‘‘3.

Di langit, Ahmad nama baginda,
Muhammad nama di muka bumi,
Perlembagaan persekutuan terkandung kuasa,
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.


πŸ‘‘4.

Sekiranya Rasulullah bersama kita,
Melihat wajahnya tidak terkata,
Duduk bersamanya indah belaka,
Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda,
Parlimen Persekutuan meluluskan akta,
Jika dewan bersetuju dua pertiga.



πŸ‘‘5.

Nabi berasal dari kabilah terkemuka,
Keturunan Quraisy kedua ibu bapa,
Ada peruntukan yang boleh dipinda,
Memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja.



πŸ‘‘6.

Baginda dibawa ke kubur bapa,
Di usia muda bersama ibu tercinta,
Perjalanan pula ibu meninggal dunia,
Ada peruntukan yang boleh dipinda,
Hak orang Melayu dan Bumiputra,
Sensitif lain-lain perkara.


πŸ‘‘7.

Nabi Muhammad seorang yang kacak,
Indah wajahnya daripada bulan yang menghiasi,
Pindaan kedudukan Sabah dan Sarawak,
Persetujuan oleh YDP Negeri.

 

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(i)                  Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan.

Rasulullah ikon tokoh negarawan,
Tidak membunuh walaupun panglima,
Undang-undang dibuat sebelum merdeka,
Adalah batal tidak diterima.

 

Jika ingin syafaat baginda,
Banyakkan selawat janganlah malas,
Undang-undang dibuat sebelum merdeka,
Tertakluk kepada perkara 16.

 

(ii)                Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Persekutuan.

 

Sunnah nabi jadi ikutan,
100 pahala syahid di kurnia,
YDPA bertindak sebagai ketua Persekutuan,
Jawatan standing presiden dan raja.

 

Buah labu baginda gemari,
Daing pula di bahagian kaki
YDP Agong melantik YDP Negeri,
Wilayah Persekutuan YDPA mengetuai.

 

Balingan batu sehingga luka,
Di Taif baginda bersedih duka,
Ahli majlis terdiri oleh raja-raja,
Termasuk YDP Negeri sahaja
.

 

πŸ‘‘ Sumber: Coretan Pensyarah Penyelidikan IPGK Tuanku Bainun

 ---------------------------------------------------------------------------------------------


🎭 SEBUAH PENTAS 🎭


🎭1.

Sebuah pentas
di sisi meja dan kipas
di bawah lampu dan kerusi
anak-anak muda berdiri
dengan ikrar dari kalbu
untuk menimba segala ilmu.

 

🎭2.

Jika mereka melangkah
demi segulung ijazah
perjalanan menjadi indah.


🎭3.

Jika mereka melangkah
demi segulung ijazah
si miskin bermimpi indah.


🎭4.

Jika mereka melangkah
demi segulung ijazah
hasrat keluarga terserlah.


🎭5.

Jika mereka melangkah
demi segulung ijazah
kelam bangsa berubah cerah
negara akan megah.


🎭 Sumber: Puisi Siswa (8/9/2017)

 ---------------------------------------------------------------------------------------------


πŸ‘΄ KERINGAT πŸ‘΄


Telah jernih tangkai kehidupan
menelusuri ke satu muara keringat
betapa diri ini
sukar dimengerti
bahawa sebuah
keringat yang engkau cipta
membawa aku ke dasar impian
membawa aku ke laut ilmu
membawa aku mengenal Pencipta
membawa aku mengenal hakikat
membawa aku erti sebuah pengorbanan
keringat yang engkau cipta
tidak akan menghampakan aku
walau seribu badai melanda
kerana utuhnya
keringat seorang ayah.


 Sumber: Puisi Siswa (12/9/2017)

 ---------------------------------------------------------------------------------------------


πŸ“ŒPETIKAN TEKSπŸ“Œ

πŸ“Œ "Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." (Surah al-A'raf : 55)

πŸ“Œ Dari Abu Hurairah R.A., Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Bukanlah yang dinamakan kaya otu kerana banyak hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya adalah kekayaan hati."

πŸ“Œ "Dan bleh jadi kamu tidak menyukai kepada sesuatu perkara padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara padahal ia buruk bagi kamu." (Surah al-Baqarah : 216)

πŸ“Œ Nabi Muhammad S.A.W. berkata;
"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan."
                                                                                                          (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

πŸ“Œ "Ajarkanlah anak-anak kalian berenang, memanah (menembak), seni memepertahankan diri dan menunggang kuda."                                                                                         (Saidina Umar al-Khattab)

πŸ“Œ Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Anak dilahirkan suci bersih. Ibu bapanyalah yang menjadikan ia Nasrani, Yahudi atau Majusi."
                                                                                                                           (Hadis Riwayat Bukhari)

πŸ“Œ"Wanita yang paling malang ialah wanita yang salah pilih suami."                           (Prof. Muhaya)

 ---------------------------------------------------------------------------------------------





No comments:

Post a Comment